Man’s Job Interview By Lady Boss
Kondom dijual secara terbuka
KETIKA beratur di kaunter pembayaran sebuah farmasi sekitar Lembah Klang tidak lama dulu, kelihatan seorang lelaki Melayu berusia awal 20-an membeli kondom.
Situasi sama juga berlaku di sebuah kedai serbaneka 24 jam. Dengan selamba dan tanpa ada rasa segan, seorang temaja lelaki Melayu mengambil sekotak kondom, membayar di kaunter dan terus berlalu.
Bermula dari situ, penulis cuba meninjau di beberapa farmasi, kedai runcit, pusat membeli-belah dan kawasan lain.
Hasil pemantau mendapati kondom yang pelbagai jenama itu dijual sama seperti makanan ringan lain seperti gula-gula.
Biasanya ia diletakkan berhampiran kaunter. Selalunya ia mudah dilihat dan susun dengan cara yang menarik.
Kondom seperti barangan ‘wajib’ yang dijual di situ tanpa sebarang syarat atau peraturan walaupun adakalnya ia membabitkan pembeli daripada golongan remaja bawah umur.
Ada juga pasangan Melayu yang dilihat berbincang terlebih tentang kondom jenis apa yang ingin dibeli.
Di sebuah pusat membeli-belah terkemuka lain pula sebuah kedai khas yang menjual pelbagai peralatan dan permainan seks termasuk kondom ‘membuka pintunya’ kepada setiap pelanggan termasuk remaja.
Hasil pemantauan beberapa jam penulis di situ menyaksikan dua pasangan remaja Melayu dalam usia belasan tahun melangkah masuk dan meninjau barangan di dalam premis itu.
Walaupun pasangan berkenaan keluar tanpa membeli apa-apa, ia jelas menunjukkan betapa golongan semuda itu sudah pandai ‘belajar’ mengenai produk seks.
Pemantauan di sekitar Lorong Haji Taib dan Chow Kit pada sekitar tengah malam mendapati berpuluh penjual barangan peralatan dan permainan seks ‘setia’ menunggu pelanggan.
Penjual ‘tanpa lesen’ itu menggunakan beg bimbit mengandungi puluhan produk berkenaan dan menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan yang mendekati mereka.
Dua rakan lelaki yang berpura-pura ingin membeli produk terbabit diberi penerangan terperinci tentang kegunaannya.
Malah penjual tersebut turut menawarkan harga istimewa.
Sepanjang 30 minit meninjau di kawasan itu, didapati kira-kira 20 pelanggan datang berurus niaga di kawasan berkenaan yang operasinya bermula sekitar pukul 10 malam.
Apabila hasil pemantauan ini diluahkan kepada beberapa ahli akademik, reaksi yang diberikan berbeza berhubung penjualan kondom secara berleluasa di negara ini.
Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Abdul Hamid Yeop Zainuddin berkata, kebanyakan masyarakat di negara ini beranggapan penjualan kondom adalah sesuatu yang negatif walaupun ia sebenarnya mempunyai kesan positif.
“Penjualan kondom secara meluas dan terbuka dapat membantu pihak berkuasa mengetahui jumlah sebenar pembelian kondom di sesebuah negeri atau kawasan.
“Kerajaan perlu mewujudkan satu dasar bagi mendapatkan statistik berapa ramai individu yang membeli kondom. Dari jumlah yang diperoleh, kempen kesedaran penggunaan kondom boleh diadakan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menurut Abdul Hamid, kondom kebiasaannya tidak digunakan pasangan suami isteri tetapi golongan yang gemar melakukan seks sebelum bernikah termasuk golongan remaja.
“Dengan statistik itu juga, ia akan memudahkan kerajaan menentukan dan menyusun program tertentu bagi mengelakkan golongan yang belum bernikah terus melakukan maksiat.
“Sebenarnya, masalah zina boleh diibaratkan wabak penyakit yang mana ia ‘lebih baik dicegah daripada dirawat’. Untuk itu, pendekatan yang bertepatan perlu dilaksanakan supaya lebih mudah dan cepat diterima,” katanya.
Pada masa sama, jelasnya, peranan dan tanggungjawab mendidik individu sejak kecil terletak kepada kerajaan, pihak berkuasa berkaitan, ibu bapa dan sekolah.
“Perkara ini boleh diumpamakan kanak-kanak tahun satu yang jika ditanya mahu sekolah atau tidak kebanyakannya akan jawab tidak kerana belum dapat menilai kebaikan ilmu. Jadi sebagai ibu bapa, kita pasti akan terus memaksa kerana sedar kepentingan pelajaran kepada anak.
“Jadi sebagai pihak berpengalaman, kita perlu memainkan peranan menerapkan nilai positif dalam diri individu terutama golongan remaja supaya mereka menjauhi zina,” tambahnya.
Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia, (USM) Profesor Madya Mohamad Md. Yusoff berkata, penjualan kondom perlu dipantau memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam dan mementingkan ciri ketimuran dalam kehidupan masyarakat Melayunya.
“Kondom perlu dijual dengan pengawasan dan tidak sepatutnya diletakkan di rak terbuka atau kaunter hadapan.
“Had umur individu untuk membeli kondom juga perlu ditetapkan seperti hanya boleh dijual kepada mereka yang berusia 20 tahun ke atas dan sudah bernikah dengan cara perlu menunjukkan kad pengenalan mereka,” katanya.
Selain itu, katanya, di negara ini ada dua kategori individu iaitu menggunakan kesempatan yang ada dan tidak kisah.
Mohamad berkata, individu yang suka menggunakan kesempatan akan membeli dan menggunakan kondom walaupun belum bernikah dan sedar ia bertentangan dengan agama.
“Kategori yang tidak kisah pula tidak akan terpengaruh dengan kondom serta zina dan golongan ini kebiasaannya mempunyai pegangan agama kukuh.
“Sekiranya penjualan kondom terus berleluasa, ia seolah-olah menunjukkan rakyat negara ini tidak fikir soal halal dan haram agama serta bakal mewujudkan generasi tidak berakhlak,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Normahdiah Sheikh Said berkata, kondom bukannya punca kepada aktiviti seks sebelum nikah atau zina.
Tambahnya, faktor utama seseorang itu melakukan zina adalah kurangnya asas agama dan iman dalam diri.
Dr. Normahdiah berkata, jika seseorang itu mempunyai asas agama dan pegangan iman yang kukuh, apa juga budaya kurang bermoral tidak akan diikutinya.
Setiap pihak, katanya, perlu berganding bahu dan membantu kerajaan menjayakan kempen kesedaran meningkatkan amalan hidup sihat dan menjauhi perkara tidak bermoral.
“Media mungkin boleh membantu menyiarkan iklan berhubung kesan buruk penggunaan kondom kepada golongan belum bernikah.
“Jika perlu, buat peraturan hanya pasangan yang sudah berkahwin dibenarkan membeli kondom,” katanya.