Pada 3hb November suratkhabar Sin Chew Daily mempunyai halaman depan yang amat menarik, dengan tajuk “Najib: Malaysia tanpa kaum Cina tiada masa depan”. Ini merupakan satu kenyataan yang sangat telus dan pengakuan secara langsung peranan yang dimainkan oleh masyarakat Cina. Kita tahu taktik UMNO-BN membahagi-dan-menakluk (“divide and conquer”) di Malaysia selama lima dekad yang lalu, iaitu cerita-cerita yang berlainan dimainkan kepada kaum-kaum yang berlainan cuma untuk tujuan politik UMNO-BN. Jadi saya memutuskan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris dan Melayu.
Yang menariknya ucapan tersebut telah dibacakan oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tradisi UMNO biasanya adalah ketika presiden (Najib dalam kes ini) memuji kaum-kaum bukan Melayu, timbalan presiden yang akan menggunakan kepujian itu kembali di kalangan Melayu untuk menentang bosnya. Malangnya, kali ini Muhyiddin mesti membaca ucapan untuk Najib kerana Najib tengah sakit. Ia akan menjadi amat aneh bagi Muhyiddin untuk menggunakan peluang ini untuk matlamat politiknya.
Berikut ini adalah terjemahan bahasa Melayu penuh daripada laporan Sin Chew:
NAJIB: MALAYSIA TANPA KAUM CINA TIADA MASA DEPAN
Kaum Cina memberikan sumbangan yang signifikan kepada negara di mana mereka berada. Mereka selalu terkenal kerana keusahawanan, daya adaptasi dan dorongan kuat untuk kemajuan mereka – Najib
Serdang, 2 November – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa Malaysia tidak akan mempunyai apa yang ada sekarang ini jika tiada kaum Cina yang menyumbangkan keusahawanan, profesionalisme dan dedikasi, dan tujuan Visi 2020 tidak akan mungkin dapat dicapai.
Dia memuji kaum Cina atas sumbangan signifikan mereka dalam ekonomi negara. Sebagai tulang belakang ekonomi, masa depan Malaysia adalah suram tanpa sokongan daripada kaum Cina.
Dia mengatakan bahawa orang Cina hidup di tujuh benua di dunia. Ramai daripada mereka menjadi pengusaha-pengusaha yang berjaya, profesional-profesional, pegawai-pegawai awam dan ahli akademik di negara masing-masing. Jelas, orang Cina memberikan sumbangan yang signifikan kepada negara di mana merekatinggal . Mereka selalu terkenal kerana keusahawanan, daya adaptasi dan dorongan kuat untuk kemajuan mereka, kata Najib.
“Orang Cina di Malaysia adalah contoh terbaik. Kaum Cina telah membentuk tulang belakang ekonomi kita melalui perusahaan-perusahaan kecil dan menengah. Antara syarikay-syarikat yang terkenal dan berjaya adalah Cina,” kata Najib apabila membuka Forum Ekonomi Cina Dunia Kedua. Oleh kerana sakit, ucapannya dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Dia percaya suatu hari akan datang tiga daripada lima kawasan ekonomi terbesar dunia akan berasal dari Asia, iaitu China, Jepun dan India. “Kita boleh belajar dari China dan Asia tentang perdagangan bebas, pasaran terbuka dan pelaburan asing sebagai cara untuk kemakmuran,” kata Najib.
Dia menunjukkan bahawa sementara Asia telah muncul sebagai lokomotif ekonomi dunia, ia tetap di belakang teknologi Barat. Namun melalui kerjasama pelbagai hala dan pelaburan antara Barat dan Asia, ini akan merangsang pemikiran baru di Asia sehingga Asia lebih kompetitif secara global.
Yang menarik ialah The Star juga melaporkan ucapan yang sama, tetapi menggunakan sudut yang lebih sederhana. Saya belum menyemak Utusan, tetapi agaknya ia tidak mungkin melaporkan ucapan yang begitu “pro-orang Cina”.

—————————————————————————————————–
‘Bleak future’ for Malaysia without Chinese support says Najib
ARCHIVES 2010
Tuesday, 02 November 2010 Combat

By Lee Wei Lian, The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/bleak-future-for-malaysia-without-chinese-support-says-najib/

Datuk Seri Najib Razak reached out to the Chinese Malaysian community today, conceding that the developed nation by 2020 goal might fail without its support.

This comes as the prime minister recently launched the Economic Transformation Programme (ETP) to ensure Malaysia achieves a high income developed nation status in 10 years.

“Malaysia would not be what it is today without the industry, expertise and dedication of the Malaysian Chinese community,” said Najib in a speech delivered by his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin at the 2nd World Chinese Economic Forum here today.

“Likewise, there will be a bleak future for Malaysia without the Chinese community’s support. We would clearly fall short of reaching the goals to become a developed nation by 2020.”

He added that the community formed the backbone of the Malaysian economy through its small and medium enterprises.

The prime minister also reached out to businesses in China and encouraged them invest in the country.

“Both Malaysia and China are embarking on economic transformations,” he said. “It is in this area that I believe we will find synergies between our two countries.”

Najib also invited Chinese to consider making Malaysia their second home noting that the country is looking to attract the best talent from around the world as the Talent Corporation to be established next year is putting in place the “welcoming regulatory environment to help that happen”.

The prime minister’s remarks also come after observers and analysts noted that political resistance from conservative Malays have delayed reforms needed to restructure the nation into a high income economy.

At his party’s recent general assembly however, Najib made an attempt to dampen racial rhetoric by saying that there should be an end to racial debate.