MIC yakin dapat 80 peratus sokongan
14/01/2011 12:14pm

LABIS 14 Jan. – MIC yakin mampu menarik lebih daripada 80 peratus sokongan pengundi masyarakat India pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang 30 Januari ini.

Pengerusi MIC Johor, Datuk K.S Balakrishnan berkata, pendekatan menyelesaikan masalah rakyat yang dilakukan oleh parti itu telah berjaya menarik pengundi.

“Sejak daripada pilihan raya umum 2008, jentera MIC Johor telah bergerak ke seluruh negeri mencari dan menyelesaikan permasalahan masyarakat India dan ini telah mendekatkan kita dengan masyarakat,” katanya. – Bernama