SPRM cari saksi lelaki bantu satu kes siasatan
28/04/2011 2:34pm

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang saksi lelaki bagi membantu satu kes siasatannya.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, saksi yang dikehendaki ialah Abd. Rashid Jaafar, 46, dengan nombor kad pengenalan 650316-01-5677 yang beralamat di No 39, Jalan KP 1/2, Taman Kota Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang Selangor dan No. 56 Parit Haji Abd Salam, Batu Pahat Johor.

Sesiapa yang terlihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Penolong Kanan Penguasa Roslan Deroh di talian 03-88800632 atau 012-4275673. — Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm