Tuan Guru Nik Aziz CURIGA Muslihat Najib Altantuya

Pakatan Rakyat mula sangsi dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pusat diterajui Datuk Seri Najib Razak dalam membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ekoran kenyataan semalam bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa pilihan khas bersidang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merupakan salah seorang pemimpin yang terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri semalam.

Katanya, “sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?”

Petang semalam, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya

Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa.

“Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya.

“Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan,” kata Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan.

“Menterinya (Datuk Seri) Nazri Aziz bercakap mengenai meminda undang-undang pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang.

Kini, beliau bercakap yang ini tidak terikat dengan kerja-kerja yang akan dibuat oleh jawatankuasa (pilihan khas),” kata wakil rakyat veteran ini.

Rabu lalu, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jawatankuasa khas ini akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri.

Sambil berkata rakyat Malaysia tertanya-tanya apa hendak dibuat oleh Perdana Menteri dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas, Dr Tan menambah: “Adakah beliau (Najib) benar-benar iklhas?”

Dr Tan juga berkata pada hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengumumkan pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersih 2.0, yang telah mengemukakan lapan tuntutan pilihan raya.

Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai lalu kerana tujuan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

“Kerajaan telah mengambil tindakan ke atasnya.

Mengapa Najib mahu mengadakan jawatankuasa pilihan khas sedangkan ia mahu mengadakan pilihan raya umum bila-bila masa,” katanya lagi.