Friday, September 30, 2011
Orang minyak yang mahu merogol 99 anak dara, ditangkap di Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur

Menurut lagenda, Orang Minyak ini perlu merogol 99 anak dara selain mengamalkan beberapa ‘syarat dan pantang’ bagi membolehkannya mendapat apa yang dihajati seperti kekuatan menakjubkan, kemewahan dan kekebalan.
Dan ini pula gambar orang Minyak yang ditangkap di sebuah taman perumahan di Kuala Lumpur.

Gambar di atas menunjukkan seorang penduduk, Nurlidah Hassan bercerita sambil menunjukkan lokasi ‘orang minyak’ (gambar kecil) yang ditangkap di Flat Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur, 18 September 2011.

Orang Minyak di atas dipercayai warga asing. Dia berjaya ditangkap penduduk ketika melakukan aktiviti jenayah itu. Namun badan orang minyak itu tidak berminyak atau berwarna hitam sebagaimana digambarkan dalam Lagenda Orang Minyak.

Benarkah Orang Minyak wujud?? Hmmm hanya Tuhan saja yang tahu.